PROFIL SYARIKAT

Creativity Trade telah ditubuhkan pada tahun 2000 di Yiwu, Zhejiang, China. Creativity Trade adalah sebuah syarikat perniagaan eksport barangan China ke Timur Tengah dan Asia. Syarikat ini telah diasaskan oleh Encik Anas Muhammad Marwan Fattal @ Ma Mai Yi.

Pada tahun 2008, Creativity Trade telah membuka cawangan yang pertama di Guangzhou, China dengan tujuan mengeksport barang dari China ke Malaysia dan Timur Tengah serta menyediakan perkhidmatan konsultan kepada usahawan-usahawan yang ingin mengimport barang dari China.

Pada tahun 2011, cawangan kedua Creativity Trade telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia. Cawangan syarikat Creativity Trade yang ditubuhkan di Malaysia dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berurusan dalam perniagaan dan nasihat kepada usahawan yang berminat dalam perniagaan import dari China.

Dengan pengalaman melebihi 14 tahun dalam bidang perniagaan eksport, Creativity Trade mampu mengeksport 18 kontena sebulan dan juga telah menganjurkan kursus/seminar pemborongan dari China yang disambut baik oleh usahawan-usahawan di Malaysia.

VISI SYARIKAT

Creativity Trade mempunyai Visi iaitu:
Memastikan usahawan Malaysia agar mampu mempelopori dunia perniagaan negara luar terutama di China disamping mampu mengimport sendiri pada masa akan datang.

MISI SYARIKAT

Creativity Trade mempunyai Misi iaitu :
* Mengembangkan perniagaan menjadi lebih berketerampilan supaya dapat menampung peluang dan pemintaan daripada usahawan-usahawan.
* Membantu meningkatkan taraf ekonomi usahawan-usahawan Malaysia.

ORGANISASI SYARIKAT

untitled

BIODATA PENGARAH

biodata-anas

Anas Muhammad Marwan Fattal @ Ma Mai Yi
Pengarah Syarikat (1)

Anas Muhammad Marwan Fattal @ Ma Mai Yi atau lebih dikenali sebagai Anas dilahirkan di Taiwan pada 12hb Jun 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Dubai pada usia 7 hingga 8 tahun. Beliau telah meneruskan pelajaran di Syria ketika berusia 8 hingga 9 tahun. Seterusnya, beliau berhijrah ke Malaysia. Selama 3 tahun beliau menetap di Malaysia, Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran di Mesir ketika berusia 11 hingga 13 tahun di British Council. Beliau telah melanjutkan pelajaran di RIMA College,Malaysia dalam jurusan Diploma Sains Komputer. Pada usia 15 hingga 16 tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran di Unicom Institution of Technology, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

Pada tahun 2000, seawal usia 16 tahun, beliau telah mendapat kepercayaan ayahnya untuk menguruskan Syarikat ayahnya iaitu Sundus International Trading, Yiwu, China. Keistimewaan beliau ialah beliau fasih berbahasa Arab, Mandarin, Melayu dan Inggeris.

Pada tahun 2008, beliau telah membuka cawangan yang pertama di Malaysia dengan tujuan yang sama iaitu mengeksport barangan Malaysia ke Timur Tengah dan mengimport barangan China ke Malaysia. Pada masa yang sama, beliau turut menyediakaan perkhidmatan konsultan kepada usahawan-usahawan Malaysia yang ingin mengimport barang dari China.

Melalui pengalaman selama 14 tahun beliau telah berjaya membawa lebih daripada 1000 orang usahawna dan pemborong untuk memborong di China dan hampir 70% daripadanya berjaya memperkembangkan perniagaan sendiri. Berdasarkan kebolehan berfasih dalam empat bahasa, ramai pedagang dan usahawan serata dunia lebih mudah berurusan dan mempercayai beliau sebagai agen perniagaan mereka.

Beliau berpegang teguh dengan prinsip bahawa setiap usahawan perlu berani bertindak dan mencari pengalaman sendiri. Beliau juga selalu berkongsi ilmu dan menjadikan pengalaman diri sendiri bagi membantu usahawan sedia ada mahupun yang baru ingin menjinakkan diri dengan dunia perniagaan agar lebih berani tampil ke hadapan dan sedia mengambil risiko untuk terus kekal berjaya.

 

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

9