Q & A

1) Apa kelebihan syarikat Creativity Trade berbanding syarikat lain?

Syarikat Creativity Trade sebuah syarikat yang berdaftar di China danĀ  Malaysia. Telah beroperasi melebihi dari 14 tahun dalam bidang pemborongan.

 

2) Apa beza memborong barang dari China berbanding pembekal di Malaysia?

Memborong secara langsung dari China dapat memperolehi keuntungan sehingga 200% berbanding dengan pembekal dari Malaysia yang hanya memperolehi keuntungan 50% – 100% sahaja.

 

3) Macam mana layanan masyarakat China terhadap orang Malaysia selepas insiden MH370?

Tidak menberi apa-apa kesan dalam perniagaan antara Malaysia dan China mereka melayan rakyat Malaysia seperti biasa kerana isu MH370 hanya melibatkan kerajaan Malaysia & China sahaja.

 

4) Apa beza barangan dari China, Vietnam, Thailand, dan Indonesia?

Perbezaan antara 4 buah negara ini berdasarkan kuantiti, kualiti dan teknologi yang digunakan. China mendahului sebagai hub dunia dan berkebolehan dalam pengeluaran dengan jumlah yang besar, kualiti bertaraf antarabangsa dan teknologi yang terbaru.

 

5) Bagaimana pula dengan jaminan kerosakan barangan semasa penghantaran ke Malaysia?

Pihak Creativity Trade tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan barangan semasa proses penghantaran, tetapi kami akan cuba sedaya mungkin bagi mengelak barang usahawan dari rosak dengan membuat pembungkusan semula di mana dapat mengurangkan kerosakan pada barangan usahawan.

 

6) Apakah jaminan jika barangan yang diborong hilang/tidak cukup semasa sampai ke Malaysia?

Creativity Trade memberi jaminan 100% barang usahawan sampai. Jika berlaku juga kehilangan atau tidak cukup barang usahawan, kami akan kenal pasti semula dimana kehilangan berlaku seperti di kilang atau di gudang atau pun semasa proses penghantaran. Jika dikesan di kilang, kami akan meminta kilang untuk mengantikan semula.

 

7) Bagaimana mahu mengesan produk yang menggunakan kulit khinzir?

Kami mempunyai pekerja yang mahir dalam membezakan jenis kulit khinzir ataupun tidak.

 

8) Bagaimana kualiti barangan dari China?

Kualiti barangan China tertakluk pada harga, semakin mahal sesuatu barang semakin tinggi kualiti barang tersebut dan semakin murah barang itu semakin rendah kualitinya.

 

9) Bagaimana saya nak berurusan dengan Syarikat Creativity Trade jika saya berasal dari Sabah/Sarawak?

Kami menpunyai wakil syarikat di sana. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

10) Bagaimana jika saya tidak pandai berbahasa English dan China?

Anda boleh mengunakan khidmat Creativity Trade sebagai agen.

 

11) Bagaimana ingin tahu info terbaru berkaitan seminar dan kursus perniagaan borong?

Kami akan kemaskini di dalam facebook ( https://www.facebook.com/usahawanborong ) dan di laman website ini dari masa ke masa.

 

12) Adakah boleh memborong barangan yang memerlukan AP lesen sedangkan saya tidak mempunya lesen tersebut?

Tidak boleh, usahawan perlu mendapatkan lesen AP terlebih dahulu.

 

13) Adakah saya akan mendapat rawatan jika mengalami masalah kesihatan ketika berada di China?

Tertakluk kepada pakej yang di pilih usahawan.

 

14) Adakah fasilitator Crativity Trade boleh berbahasa melayu?

Ya, mereka boleh berbahasa melayu dan mandarin.

 

15) adakah saya memerlukan VISA untuk ke China?

Ya, encik perlukan VISA sekurang-kurangnya single entry selama 30 hari. Encik boleh buat di Chinese Visa Application Service Central di Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi syarikat kami akan uruskan VISA tersebut jika anda memilih bersama kami.

 

16) Bagaimanakah hendak berinteraksi semasa berada di China?

Jika anda tidak fasih dalam bahasa mandarin, anda digalakkan mengambil kami sebagai egen bagi mengelak daripada berlakunya salah faham semasa berkomunikasi.

 

17) Bagaimana hendak tahu kualiti sesuatu barang?

Kualiti berdasarkan harga sesuatu barang (lagi mahal lagi berkualiti….. lagi murah lagi kurang kualiti).

 

18) Bagaimana nak mangenal pasti duit palsu di China?

jika mengikuti pakej kami, kami akan sediakan pengesan duit palsu kepada setiap peserta. Selain itu, cara mengenal pasti duit palsu akan diajar sebelum pergi ke China.

 

19) Bagaimana pertukaran duit dilakukan semasa di China?

Jika anda hendak melakukan penukaran wang semasa di China. Pihak kami akan membawa anda ke tempat pertukaran yang dipercayai.

Post a Comment

Your email is kept private. Required fields are marked *